Skip to main content

Bola Sepak

Dollah harap tuah laman lawan

dollah.jpg
Pengendali Pahang, Dollah Salleh, mengharapkan tuah menyebelahi pasukannya menjelang suku akhir kedua Piala Malaysia berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) di tempat lawan, malam esok.
 

Pada 20 April lalu, Pahang muncul pemusnah buat JDT selepas menyingkirkan juara Liga Super itu di peringkat suku akhir Piala FA, namun kedua-dua pasukan kini terikat dengan keputusan seri selepas aksi di Stadium Darulmakmur sebelum ini berakhir 1-1.
 
Tatkala JDT memiliki kelebihan gol di tempat lawan dan bantuan sokongan padu di laman sendiri malam esok, Dollah melihat tiada apa yang mustahil untuk mereka mencipta kejutan.
 
“Setiap perlawanan pasti memiliki perbezaan tersendiri. Jadi, apa yang penting adalah pemain-pemain dapat mengikut setiap arahan yang diberikan.
 
“Kalau dilihat prestasi Pahang, kami lebih menyerlah apabila beraksi di tempat lawan. Saya harap tuah itu dapat bersama kami,” katanya.
 
Dalam masa sama, ketika ditanya mengenai resipi kejayaan menundukkan JDT 3-0 di Larkin, April lalu, Dollah menjelaskan: “Malam itu segalanya menjadi. Kami tidak mensia-siakan peluang.
 
“JDT juga tidak menjadi pada malam tersebut tetapi inilah bola sepak. Jika tidak melepaskan peluang, ia mampu memberikan hasil kepada pasukan.”
 

Advertisement

Must Watch Video