"Malam serba tidak menjadi buat Pahang," kata pengendalinya, Dollah Salleh, selepas ditunjukkan jalan keluar daripada saingan Piala FA oleh Perak, malam tadi.
Kegagalan anak buahnya melaksanakan pesanan supaya tidak mengamalkan corak bertahan membawa padah apabila tumpas 0-3 dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Perak untuk membenarkan The Bos Gaurus mara ke final dengan agregat 4-3.
"Kami terlalu bertahan dan Perak mengambil kesempatan itu untuk memusnahkan kami.
"Selepas membuka jaringan, mereka bertambah berselera dan kami pula melakukan kesilapan demi kesilapan," katanya.
Dollah berkata usaha untuk bangkit dalam separuh masa kedua juga tidak menjadi yang menyaksikan mereka gagal mencipta sebarang peluang.
Dalam perlawanan malam semalam, ayam tambatan Tok Gajah, Dickson Nwakaeme, Mohammadou Sumareh dan Norshahrul Idlan Talaha, nyata tidak efektif hingga penjaga gol tuan rumah, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, langsung tidak diuji.
Benteng Perak, walaupun tanpa Nazirul Naim Che Hashim dan Amirul Azhan Aznan, tetap kental dengan dibarisi Shahrul Saad, Hussein El Dor, Rafiuddin Roddin dan Idris Ahmad.
Turut menyukarkan skuad Tok Gajah itu ialah tindakan Leandro Dos Santos yang mematikan gerakan di tengah padang sambil mencetuskan provokasi kepada pemain lawan.
Apa yang pasti, Perak tidak membenarkan Pahang bermain bola sepak malam tadi.