Skip to main content

Bola Sepak

Dolberg minat sertai Los Blancos

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

26717kasper-dolberg.jpg
Penyerang Ajax, Kasper Dolberg, berminat untuk bermain dengan Real Madrid tetapi tidak terburu-buru untuk meninggalkan kelabnya.

Pemain berusia 19 tahun itu telah menjaringkan 19 gol dalam semua kejohanan pada musim 2016-17, termasuk 13 penampilan di pentas Liga Europa (UEL) dan mara ke final.

Pemain kebangsaan Denmark itu telah dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Perdana Inggeris (EPL) tetapi Real turut serta dalam persaingan mendapatkan pemain tersebut selepas menjual Alvaro Morata dan Mariano Diaz.

Dolberg dilihat bakal mengikut jejak langkah  rakan sepasukannya, Klaas-Jan Huntelaar, bermain untuk Real, AC Milan dan Schalke sebelum kembali ke kelab Amsterdam itu tahun ni tetapi pemain muda itu gembira untuk meneruskan komitmennya bersama Ajax buat masa ini.

"Dalam dunia bola sepak hari ini, semua pemain dilihat sedia untuk dijual tetapi Pengarah Sukan Ajax, Marc Overmars, telah menyatakan bahawa saya tidak akan ke mana-mana dan bukan untuk dijual," kata Dolberg. 

"Buat masa ini, saya mahu terus bersama pasukan ini."

Advertisement

Must Watch Video