Skip to main content

Bola Sepak

Dion Cools teruja uji kemampuan di liga terunggul Asia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dion-cools_1.jpg
Pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools, menganggap penghijrahan ke Liga 1 Jepun sebagai peluang terbaik untuk meningkatkan mutu permainan serta mengembangkan karier bola sepaknya ke peringkat lebih tinggi.

Dalam temu bual bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Cools yang menyertai Cerezo Osaka daripada Buriram United mengakui keputusan untuk beraksi di Negara Matahari Terbit itu dibuat selepas mempertimbangkan reputasi tinggi liga berkenaan.

"Ia liga terbesar dalam Asia dan amat berbeza berbanding kancah di ASEAN. 




"Saya mahu membuktikan kualiti di Jepun yang menampilkan corak permainan menyerang menarik dan mari lihat apa hasilnya kelak," katanya yang sudah membuat 32 kemunculan antarabangsa bersama Harimau Malaya itu. 

Terdahulu, Cools cemerlang membantu Harimau Malaya membelasah Vietnam 4-0 dalam kelayakan Piala Asia menerusi satu jaringan dalam babak kedua.

Pemain kacukan Malaysia-Belgium ini tidak menafikan perbezaan kualiti skuad kebangsaan yang lebih baik berbanding sebelum ini menerusi kehadiran pemain baru warisan negara.

"Pemain warisan baharu memiliki kualiti dan adalah penting untuk membuatkan mereka rasa dialu-alukan, kami perlu serasi di atas padang. 

"Saya yakin kami akan beraksi lebih baik pada masa depan," katanya lagi. 

Advertisement

Must Watch Video