Pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools, meninggalkan kancah Thailand dengan bergaya selepas membantu Buriram United mengesahkan status sebagai juara ulung apabila melengkapkan kejuaraan 'quadruple'musim ini dengan memenangi Piala Liga Thai, malam tadi.
Buriram United menang tipis 2-0 ke atas Lamphun Warrior yang menyaksikan Cools memecah kebuntuan perlawanan dalam masa tambahan yang juga merupakan penampilan terakhirnya sebelum berkelana ke kelab Jepun, Cerezo Osaka.
Skuad Thunder Castle berdepan persaingan sengit sebelum dinobatkan juara Liga 1 Thai dengan jurang satu mata untuk mengatasi seteru setempat, Bangkok United, selain turut meraih kejuaraan Piala FA dan Piala Kelab ASEAN.