Jurulatih Selangor, B. Sathiananthan, terkini mengesahkan akan membuat laporan polis hari ini berhubung tuduhan berbaur perkauman yang dilemparkan terhadap dirinya.
Satiananthan berkata dia berbuat demikian selepas turut dikaitkan dengan kumpulan pengganas, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) oleh bekas pemain Selangor.
Perkembangan kurang enak itu diluahkan susulan isu rasisme yang menurutnya telah menjejaskan masyarakat majmuk di Malaysia serta menjatuhkan mutu sukan tanah air.
"Jika isu ini dibiarkan tanpa sebarang tindakan, lebih ramai orang Cina dan India akan berfikir dua kali untuk menceburi bidang sukan.
"Ada bekas pemain yang kononnya legenda Selangor suruh saya balik India dan sertai LTTE.
"Ada juga cakap saya tutup kelemahan pasukan, Selangor dah kutip lima mata dari tiga perlawanan dengan pasukan hebat, buat apa nak panik.
"Saya dah dapatkan maklumat, kini saya serah kepada peguam serta pihak polis untuk tindakan lanjut," jelasnya selepas perlawanan dengan Terengganu FC (TFC), malam tadi.
Mengulas lanjut keputusan seri 3-3 dengan TFC, Satiananthan menyifatkan faktor kepenatan menghalang skuad Red Giants daripada meraih kemenangan di tempat lawan.
Enggan menyalahkan barisan pemainnya yang diragut mata penuh dalam masa kecederaan, pengendali berpengalaman itu berpuas hati dengan satu mata untuk di bawa pulang.
"Kalau lebih tajam di depan gol Selangor boleh tambah dua gol lagi dalam situasi empat lawan satu ketika itu tapi sebab letih, hantaran dan penyudah entah ke mana.
"TFC juga bermain baik dan tidak putus asa. Saya tidak boleh salahkan pemain kerana mereka penat," tambahnya.