Skip to main content

Bola Sepak

Digne alami kecederaan pangkal paha

8517lucasdigne.jpg
Bek kiri Barcelona, Lucas Digne, mengalami kecederaan pangkal paha ketika meraih kemenangan 4-1 ke atas Villareal.

Pemain kebangsaan Perancis itu terpaksa digantikan dengan Jordi Alba pada minit ke-75 di Nou Camp.

Kenyataan telah dikeluarkan oleh Barcelona semalam menjelaskan bahawa Digne mengalami kecederaan yang serius di bahagian kaki kanannya.

Barca tidak memberikan sebarang jangka masa pemulihan Digne menjelang mereka akan menghadapi baki dua perlawanan musim ini.

Skuad kendalian Luis Enrique berada di atas seteru mereka, Real Madrid, dengan kelebihan perbezaan jaringan tetapi Los Blancos masih memiliki kelebihan baki satu perlawanan.

Digne telah membuat 25 penampilan musim ini dalam semua kejohanan selepas menyertai Barcelona daripada Paris Saint-Germain (PSG), Julai lalu.

Advertisement

Must Watch Video