Skip to main content

Bola Sepak

Dier akui cabaran Spurs sudah berakhir

5617ericdier.jpg
Eric Dier mengakui harapan Tottenham untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) sudah berakhir apabila tewas kepada West Ham 1-0, awal pagi tadi.

Jaringan Manuel Lanzini dalam separuh masa kedua mengakhiri rentetan kemenangan Spurs selama sembilan perlawanan dan ia bermakna Chelsea akan kembali mendahului saingan liga dengan kelebihan tujuh mata jika mereka meraih kemenangan ke atas Middlesbrough pada Isnin.

Bercakap kepada Sky Sports selepas perlawanan tersebut, pemain tengah skuad kebangsaan England, Dier, bergelut untuk menyembunyikan kekecewaannya.

"Ia akan menjadi lebih sukar berbanding sebelum ini, jadi memang sukar untuk mengejar Chelsea. Itu sahaja yang boleh saya katakan buat masa ini," jelas Dier.

"Amat mengecewakan kerana kami berada di dalam prestasi yang terbaik dan kekalahan ini adalah sesuatu yang amat mengejutkan kami.

"West Ham menutup setiap ruang dan menyukarkan kami untuk menghasilkan peluang.

"Bagaimanapun, kami akan memberikan yang terbaik dalam tiga perlawanan terakhir ini."

Tottenham akan kembali ke aksi EPL yang terakhir di White Hart Lane berdepan Manchester United pada Ahad.

Pada ketika itu, Chelsea mungkin sudah bergelar juara.

Advertisement

Must Watch Video