BOLA SEPAK
Diego Maradona perlu jalani pembedahan otak
Diego Maradona akan menjalani pembedahan otak bagi mengeluarkan darah beku, kata doktornya.
Bekas bintang Argentina dan Napoli itu dikejarkan ke klinik Ipensa di La Plata, semalam, berhubung kebimbangan masalah anemia dan dehidrasi.
Doktor peribadinya, Leopoldo Luque, hari ini menjelaskan keadaan bekas pemain berumur 60 tahun itu bertambah baik dan dia mahu meninggalkan hospital.
Iklan
Namun, selepas menjalani imbasan, Maradona dinasihatkan untuk menjalani pembedahan kecemasan pada hari yang sama.
Menawarkan maklumat terkini, Luque memberitahu wartawan: "Diego bersikap jujur dan telah bersetuju untuk menjalani pembedahan.
"Saya akan menguruskannya. Ini adalah prosedur rutin. Keadaannya sama seperti semalam, baru sekarang kami menjumpai penyebabnya.
"Edema (gejala bengkak) seperti ini sangat umum. Cristina Fernandez de Kirchner (naib presiden Argentina) pernah mengalami edema. Diego tidak ingat adakah kepalanya pernah terhantuk."
Maradona, yang memenangi Piala Dunia bersama Argentina pada 1986, kini menggalas tanggungjawab bersama kelab tempatan, Gimnasia y Esgrima.
Dia kelihatan tidak bermaya ketika mengemudi pasukannya dalam aksi di laman sendiri menjelang hari ulang tahunnya pada Jumaat lalu.
Must-Watch Video