Skip to main content

Bola Sepak

Diam bukan lagi pilihan -- Pemain kelab Indonesia ini kecewa isu gaji belum selesai, pilih tamatkan kontrak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

psis.jpg
Pemain import dari Sepanyol, Roger Bonet, memilih untuk menamatkan kontrak meninggalkan PSIS Semarang ekoran pelbagai isu yang melanda berbulan-bulan meskipun berat hati mengambil keputusan tersebut.

Pertahanan itu melengkapkan perpindahan dari kelab liga kedua Mexico, Mineros de Zacatecas, ke PSIS pada Julai tahun lalu dan sudah melakukan 20 penampilan bersama pasukan kendalian Gilbert Agius itu. 

Difahamkan, Laskar Mahesa Jenar mengalami masalah kewangan yang parah sehingga pemain sudah lama tidak menerima gaji dan sudah tertunggak berbulan lamanya.

Roger Bonet mengikut jejak langkah Evandro Brandao yang bersuara berkenaan permasalahan tersebut termasuk berpindah ke kelab lain. 

"Ini bukanlah keputusan yang mudah.

 

"Sejak hari pertama saya tiba, budaya, penyokong dan bandar ini sangat menyambut saya dengan hati terbuka.

"Salah satu impian saya untuk bermain ketika di hadapan ribuan peminat membanjiri Stadium Jatidiri.

"Saya akan selalu berterima kasih untuk itu," katanya dalam satu kenyataan.

Tonggak berusia 29 tahun itu meluahkan perasaannya terhadap apa yang dilaluinya bersama rakan sepasukan sambil mengingatkan soal tanggungjawab kepada pihak yang terlibat. 

Ketika situasi semakin merisaukan, Bonet menggunakan peranannya sebagai kapten pasukan untuk membela nasib pemain yang telah banyak berkorban dan komited menampilkan aksi terbaik.

"Apa yang berlaku adalah tidak adil.

"Masalah sistematik memerlukan solusi sistematik, bukan pengorbanan individu," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video