Pep Guardiola mahu melihat pemain remajanya, Phil Foden, menonjolkan diri dan membuktikan dia sebahagian daripada skuad Manchester City.
Foden, 19, hanya beraksi selama 10 minit pada permulaan musim ini dengan dimasukkan sebagai pemain gantian ketika membelasah West Ham 5-0 dalam perlawanan pembukaan.
Pemain skuad remaja England itu mendapat pujian Guardiola, namun pengurus City itu mahu melihat sesuatu yang lebih daripadanya.
"Dia seorang yang pemalu. Saya lebih suka jika dia lebih banyak bercakap dengan saya, namun setiap masa, saya datang kepadanya untuk bercakap," katanya kepada akhbar United Kingdom.
"Dia masih memandang saya dengan sedikit (terlalu banyak) hormat sebagai seorang pengurus -- selepas dua atau tiga musim, ia tidak lagi perlu, namun ia perkara normal.
"Dia berusia 18 atau 19 tahun, kini dia bersama pasukan B-21 England dan dia akan beraksi.
"Dia seorang yang baik, dia OK, segala-galanya berlangsung baik."
Guardiola memiliki ramai bakat yang baik di bahagian tengah City, termasuk Kevin de Bruyne, David Silva, Bernardo Silva dan Ilkay Gundogan.
Pengendali berbangsa Sepanyol itu berkata Foden, sama seperti pemain lain, perlu bersabar untuk diturunkan.
"Itulah realitinya dalam pasukan yang meraih empat gelaran musim lalu.
"Jika anda tidak memiliki skuad seperti ini, anda tidak boleh meraih empat gelaran -- mustahil.
"Jadi, mereka perlu bersaing dan bersabar dan jangan banyak merungut, jangan terlalu banyak menyalahkan kerana masanya akan tiba.
"Mereka perlu bersedia kerana saya mendapati jadual pada ketika ini dipenuhi dengan perlawanan Liga Juara-Juara di laman sendiri dan laman lawan.
"Saya berkata, 'Wah, berapa banyak perlawanan yang kami ada?'
"Setiap pemain akan diturunkan," tambahnya.
City akan meneruskan aksi Liga Perdana Inggeris dengan melayani kunjungan Brighton and Hove Albion malam ini.
Sementara itu, saksikan secara langsung perlawanan di antara Manchester United dan Southampton di Rasta, TTDI, malam ini, bermula 6 petang hingga 9.30 malam, anjuran istimewa Stadiumastro dan Astro Awani.