Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Dia berada di tahap terbaik-- Zidane teruja dengan Ronaldo

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cristianoronaldo-cropped_p8kwjish7b5e127jjh7kybuaj.jpg
Pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane, memuji prestasi dipamerkan Cristiano Ronaldo selepas pasukannya kini semakin menghampiri kejuaraan LaLiga.

Ronaldo meledak dua gol ketika Real Madrid mencatat kemenangan 4-1 ke atas Celta Vido, awal pagi tadi, sekaligus meletakkan mereka mendahului tiga mata di persada liga.

Pemain itu turut mencatat satu lagi rekod, menjadi penjaring gol terbanyak dalam lima liga utama di Eropah.

Zidane memuji penyerang Portugal itu, yang telah meledak 13 gol selepas lapan perlawanan.

"Dia berasa bagus ketika ini dan sekali lagi dia mempamerkan aksi mantap hari ini. Dia telah bekerja keras dan menampakkan perubahan ketara, terutamaa ketika bertahan," katanya.

"Kamu boleh lihat menerusi cara dia beraksi, dia kini berada pada tahap terbaik.

"Sudah sekian lama saya berkata bahawa pasukan ini berada dalam fizikal terbaik, dan hari ini mereka membuktikannya."

Madrid kini hanya memerlukan satu mata dalam aksi terakhir liga musim ini di Malaga, Ahad ini, bagi mengesahkan kejuaraan LaLiga sejak kali terakhir melakukannya pada 2012.

Zidane menggesa anak buahnya untuk terus meningkatkan prestasi menjelang aksi di Estadio La Rosaleda.

"Masih ada satu lagi perlawanan yang perlu ditempuhi dan kami perlu mendapatkan keputusan positif. Kami perlu meneruskan prestasi sama kerana perebutan kejuaraan masih belum berakhir," katanya.

"Penting untuk kami menang dan kami sangat berpuas hati dengan tiga mata.

"Segala-galanya akan ditentukan dalam perlawanan terakhir dan sudah pasti ia akan menyukarkan kami."

Advertisement

Must Watch Video