BORDEAUX 1 PARIS SAINT-GERMAIN 4
Angel Di Maria tidak bimbang kehilangan tempat dalam kesebelasan skuad Paris Saint-Germain (PSG) berikutan ketibaan Julian Draxler.
Draxler tiba di Parc des Princes selepas berpindah dari Wolfsburg bulan ini dengan yuran tinggi.
Pemain antarabangsa Jerman itu dijangka akan memberi persaingan untuk menambah sengat di jentera serangan jaguh Ligue 1 itu yang diperkuatkan dengan bintang ternama.
Bagaimanapun, Di Maria sedar sebarang keputusan terletak di tangan pengurus, Unai Emery.
"Di atas padang, saya akan melakukan yang terbaik untuk jurulatih memilih pemain terbaik," kata Di Maria kepada Canal Plus.
Selepas direhatkan minggu lalu bagi memberi laluan kepada Draxler, bekas pemain Real Madrid dan Manchester United itu menjaringkan dua gol di samping Edinson Cavani dalam kemenangan 4-1 mereka ke atas Bordeaux dalam aksi separuh akhir Coupe de la Ligue, awal pagi tadi.
"Saya gembira dapat menyumbat dua gol," katanya.
"Kami akan ke perlawanan akhir dan ia penting buat kami."