Skip to main content

Bola Sepak

DFB-Pokal: Gol berganda Lewandowski bawa Bayern ke final

robertlewandowski.jpg
WERDER BREMEN 2 BAYERN MUNICH 3
 
Robert Lewandowski menjaringkan gol berganda bagi membawa Bayern Munich ke final DFB-Pokal dengan menundukkan Werder Bremen 3-2 di Weserstadion, awal pagi tadi.


Gol separuh masa pertama daripada Lewandowski memberikan kelebihan awal buat Bayern sebelum Thomas Muller menggandakannya selepas waktu rehat bagi mencerahkan peluang pasukan itu untuk berdepan RB Leipzig dalam final di Berlin

Bagaimanapun, Werder bangkit menerusi dua jaringan pantas daripada Yuya Osako dan Milot Rashica sebelum Lewandowski menyudahkan jaringan penalti kontroversi pada minit ke-80.

Pendahulu Bundesliga, Bayern, dikejutkan dengan kekalahan kepada skuad kendalian Niko Kovac, Eintracht Frankfurt, dalam final musim lalu.

Namun, walaupun Lewandowski terlepas peluang untuk menjaringkan hatrik dalam waktu kecederaan, Kovac masih berpeluang untuk mempertahankan kejuaraannya dengan membimbing Bayern ke pentas final musim ini.

Muller, yang melakukan penampilannya yang ke-10 dalam separuh akhir DFB-Pokal, hampir menjaringkan gol pembukaan buat Bayern menerusi kuisan tumit daripada hantaran rendah Kingsley Coman.

Osako kemudian melepaskan percubaan yang tersasar manakala Davy Klaassen terlepas peluang voli terbaik, namun Bayern menamatkan tekanan itu selepas tandukan awal Muller ditolak masuk Lewandowski.

Lewandowski sekali lagi menemui sasaran tidak lama selepas itu, namun dia didapati berada di kedudukan ofsaid.

Bagaimanapun, gol kedua Bayern tidak dapat dinafikan lagi selepas Muller menerima bola daripada percubaan awal Leon Goretzka untuk menghasilkan rembatan yang melepasi kawalan Jiri Pavlenka pada minit ke-63.

Namun, Osaka memanfaatkan kesilapan Bayern untuk merapatkan jurang pada minit ke-74 sebelum Rashica melakukan gerakan solo menarik untuk menewaskan Sven Ulreich seminit kemudian.

Pengadil, Daniel Siebert, secara teburu-buru memberikan sepakan penalti kepada Bayern selepas Coman dilihat terlalu mudah merebahkan badan ekoran terjahan yang dilakukan Theodor Gebre Selassie.

Lewandowski, yang menjaringkan dua gol ketika bertindak sebagai pemain gantian sewaktu menundukkan Heidenheim dalam suku akhir, tenang menyudahkan peluang itu sebelum melakukan percubaan yang terkena palang gol pada lewat permainan. 

Advertisement

Must Watch Video