Ketua jurulatih Petaling Jaya City FC, K. Devan, menganggap persembahan anak buahnya tidak mencapai tahap yang diharapkan meskipun meraih kemenangan 2-1 ke atas PKNP FC dalam saingan Kumpulan B, Piala Malaysia di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, semalam.
Pasukan itu mendahului 1-0 pada awal permainan sebelum PKNP FC bangkit mengikat kedudukan pada penghujung babak pertama.
Devan berasakan anak buahnya kehilangan fokus selepas meledakkan gol pertama hingga dibolosi pihak lawan sebelum menemui gol kemenangan pada sembilan minit terakhir.
"Saya tiada komen mengenai komitmen dan kesungguhan pemain secara keseluruhan.
"Kami hanya perlu konsisten selama 90 minit dalam setiap perlawanan.
"Mereka (pemain) begitu baik pada awal permainan tetapi kami hilang fokus.
"Dalam separuh masa kedua, kami kembali (ke prestasi terbaik)," katanya.
Sementara itu, pengendali PKNP FC, Abu Bakar Fadzim, menyifatkan ketiadaan penyerang import, Giancarlo Rodrigues, menjadi punca ketumpulan serangan pasukannya.
Bagaimanapun, ketua jurulatih itu optimis PKNP FC mampu memberikan saingan untuk menjadi dua pasukan terbaik Kumpulan B.
"Kami akan memandang ke depan.
"Pemain dan jurulatih ada tugas yang perlu disempurnakan.
"Apa jua tugas, kami akan akhiri dengan misi untuk bermain dengan sebaik mungkin.
"Ia merupakan pendedahan terbaik buat pemain saya dan pemain pelapis saya," katanya.