Beberapa keputusan pengadil perlawanan melibatkan aksi Liga Super antara Negeri Sembilan FC dan Selangor FC dikatakan mengganggu kelancaran aksi di Stadium Paroi.
Menjadi kelaziman sebarang kenyataan media dibuat mana-mana pihak berkaitan mutu pengadil pasti akan ada tindakan diambil daripada badan induk Persatuan Bolasepak Malaysia -- apabila satu keputusan yang menafikan tiga mata milik Negeri Sembilan namun pengendalinya, K. Devan, tenang dan memilih untuk tidak mahu terpalit dengan sebarang masalah.
Mahu tidak mahu, satu mata adalah lebih baik dari berputih mata -- ketinggalan dua jaringan pada asalnya memberi banyak kelebihan buat skuad Jang untuk mendominasi permainan dan rangkaan telah dibuat sepanjang 70 minit berlangsung.
Dengan satu kemenangan dan aksi positif yang hanya berakhir dengan keputusan seri, Negeri Sembilan dilihat sebagai pasukan yang berpotensi untuk berada di kelompok lima terbaik musim ini.
Sementara itu, kehampaan di wajah Michael Feichtenbeiner cukup ketara.
Walaupun tidak menyalahkan pemainnya, tapi pengendali kelahiran Jerman itu mengakui skrip hampir sama berlaku ketika bertemu KL City tempoh hari.