Petaling Jaya City FC semakin menghampiri pusingan suku akhir Piala Malaysia selepas melakar kemenangan 2-0 ke atas UiTM FC dalam aksi Kumpulan B di Stadium UiTM, Shah Alam semalam.
Bagaimanapun, ketua jurulatihnya, K. Devan, masih belum berpuas hati dengan tahap permainan pasukannya.
Meskipun memuji prestasi anak buahnya, dia mengakui masih ada beberapa ruang yang perlu diperbaiki mereka sepanjang aksi 90 minit itu.
"Penyudah kami perlu dipertingkatkan kerana peluang yang dicipta banyak dan kami perlu menjaringkan gol.
"Selepas itu, hantaran-hantaran akhir di bahagian serangan perlu ada penambahbaikan," katanya.
PJ City mengukuhkan kedudukan selaku dua pasukan terbaik Kumpulan B setelah mengumpul sembilan mata daripada empat perlawanan dan hanya dibezakan satu mata di belakang pendahulu, Johor Darul Ta'zim (JDT).
Sementara itu, ketua jurulatih UiTM FC, Ismail Zakaria, menganggap pasukannya belum bersedia untuk bersaing dengan pasukan daripada Liga Super.
Dia meletakkan tempoh dua tahun lagi untuk pasukannya menimba pengalaman dalam Liga Perdana bagi merapatkan jurang dengan pasukan dalam kelompok elit negara.
"Mereka perlu beraksi dalam Liga Perdana untuk setahun atau dua tahun lagi bagi meraih pengalaman.
"Ini merupakan kali pertama mereka bertanding dalam liga profesional, tahun pertama mereka.
"(Mereka) belum layak atau belum sah sebagai pemain pemain profesional.
"Belum sampai tahap itu, prosesnya masih panjang," katanya.