Pengendali Perancis, Didier Deschamps, memberi amaran bahawa kualiti yang dimiliki pengurus Paris Saint-Germain (PSG), Thomas Tuchel, mungkin belum mencukupi untuk menghadiahkan trofi Liga Juara-Juara Eropah buat juara Ligue 1 itu.
PSG memenangi lima daripada enam kejuaraan liga terakhir dan kini memiliki kelebihan di puncak Ligue 1 selepas melalui lapan perlawanan musim ini.
Namun, dominasi yang diraih di peringkat domestik dilihat masih belum cukup untuk menghadirkan kejayaan di Eropah walaupun pemilik kelab, Nssel Al-Khelaifi, melakukan pelaburan besar dalam urusan perpindahan pemain.
Tuchel ditugaskan untuk meningkatkan pencapaian PSG di peringkat Eropah selepas sering menemui kegagalan dan walaupun Deschamps mengagumi kemampuan bekas pengendali Borussia Dortmund itu, dia tampak sangsi dengan persiapan yang dilalui di peringkat Ligue 1.
"Tuchel memiliki kemampuan yang tinggi dalam bidang teknik, daya kerja serta mempunyai hubungan yang rapat dengan pemain-pemain," kata Deschamps.
"Namun, terdapat banyak perkara yang berlaku di Paris. Dia bukan ahli silap mata.
"Mereka mengharungi kebanyakan perlawanan liga dengan kemenangan walaupun berbekalkan pasukan yang kurang ampuh dan akhirnya terpaksa berdepan lawan dalam Liga Juara-Juara yang memiliki jurang perbezaan yang besar.
"Pasukan tidak biasa dengan situasi itu," katanya.
Selepas tewas 3-2 di tangan Liverpool pada awal bulan ini, PSG akan cuba untuk mengembalikan saingan dalam Liga Juara-Juara apabila bakal menentang Red Star Belgrade dalam aksi Kumpulan C, Rabu ini.
Mereka akan melalui aksi tersebut dengan motivasi tinggi setelah menundukkan Nice 3-0, sekali gus muncul pasukan kedua dalam sejarah Ligue 1 yang memenangi lapan aksi pertama liga.