Pengendali Perancis, Didier Deschamps, memuji Olivier Giroud yang menamatkan kemarau gol ketika Perancis menewaskan Belanda 2-1 dalam saingan Liga Negara-Negara UEFA, awal pagi tadi.
Giroud mengharungi aksi Piala Dunia tanpa sebarang jaringan tetapi penggempur Chelsea itu menyaksikan golnya pada minit ke-74 memberi kemenangan buat Les Bleus walaupun Ryan Babel memadamkan gol pendahuluan Kylian Mbappe.
Pemain berusia 31 tahun itu kini menduduki tangga keempat dalam senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman buat Perancis dengan 32 gol, membuatkan Deschamps memuji aksi penggempur yang tidak mementingkan diri itu.
"Saya sangat gembira dengan Giroud," kata Deschamps.
"Dia sangat membantu pasukan dan memberikan kami kemenangan. Dia dikritik secara tidak adil.
"Giroud penting buat pasukan. Kami memerlukannya."
Sepakan voli daripada Giroud selepas menerima hantaran lintang Benjamin Mendy memberikan gol kemenangan Perancis di Stade De France dan Deschamps gembira melihat suasana sokongan yang diterima daripada penyokong.
"Suasana di stadium sangat hebat dan ia akan berterusan," tambahnya.
"Ia adalah aksi pertama di sini selepas Piala Dunia. Melihat kepada sokongan yang diraih, kami harus mencatat kemenangan dan menikmatinya."