Skip to main content

Bola Sepak

Derby Manchester dilabel seperti 'aksi persahabatan', ini jawapan Amorim

manchester-derby.jpg
Bekas pertahanan Manchester United, Gary Neville, yang kini berkhidmat sebagai pemerhati bola sepak, mengatakan pertemuan yang mengecewakan itu dimainkan 'seperti persahabatan'.

Pengendali United, Ruben Amorim,tidak merungut mengenai kritikan itu tetapi berasakan adalah tidak adil untuk dibandingkan dengan derbi sebelum ini, sekali lagi mencadangkan ini adalah musim terburuk kelabnya.

Amorim berkata, “I memahami Gary Neville sentiasa kritikal terhadap semua, jadi saya memahaminya.

“Tetapi saya faham bahawa kami tidak mempamerkan usaha yang terbaik -- kami berada pada saat kami melakukan musim terburuk dalam sejarah.

“Manchester City memenangi segala-galanya musim lalu namun musim ini mereka bergelut, jadi kami tidak berada dalam momen terbaik untuk memberikan tontonan terbaik kepada setiap peminat.

"Apabila kami tidak berjuang untuk trofi, sudah tentu ia berbeza. Anda perlu melihat konteks permainan."

Amorim mengakui ia akan mengambil masa untuk United kembali ke tahap yang mereka idamkan.

Pengendali kelahiran Portugal itu berkata, "Untuk menjadi benar-benar dominan terhadap mana-mana lawan akan mengambil banyak masa. Kami perlu menggunakan senjata yang berbeza apabila kami berdepan lawan yang berbeza.

"Dalam cara permainan ini, City mungkin pasukan terbaik dunia dan mereka telah melakukannya. Kami semakin meningkat tetapi untuk bermain dengan cara ini yang mereka bermain selama bertahun-tahun akan mengambil masa yang lama."

Advertisement

Must Watch Video