Jurulatih Sarawak, Mohamad Denny Da'ail, memuji kelibat pemain muda negeri itu selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) II 2-1 dalam aksi Liga Perdana di Kuala Terengganu, semalam.
Kemenangan itu disifatkan cukup manis selepas Sarawak kali terakhir meraih kemenangan pada 9 Februari lalu selain ditunjukkan jalan keluar daripada saingan Piala FA.
Denny menyifatkan barisan pemainnya berjaya membalas kepercayaan dengan aksi terpuji, terutama Shaiful Wazizi Mohamad, yang cemerlang menjaga pintu gol Sarawak.
"Shaiful hanya penjaga gol kedua, namun dia mengambil peluang yang diberikan untuk membuktikan keupayaannya.
"Saya optimis dengan kekuatan pemain muda negeri ini dan sekarang masa yang sesuai untuk mereka kembali mengangkat maruah Ngap Sayot," katanya.
Dalam aksi di Kuala Terengganu itu, Sarawak yang turun tanpa dua tonggak import, Muamer Salibasic dan Rian Firmansyah, ketinggalan menerusi jaringan penyerang TFC II, Akanni Sunday Wasiu, pada minit ke-15.
Penjaga gol muda, Shaiful Wazizi, kemudian menafikan deretan peluang tuan rumah sebelum Hudson Dias menjaringkan gol pada minit ke-38 dan ke-74 untuk memberikan kemenangan 2-1 buat Sarawak.
"Corak permainan TFC II yang tertumpu kepada dua penyerang sudah dijangka dan kami ada perancangan untuk menghadapinya.
"Saya terharu dengan mentaliti pemain-pemain muda dan kemenangan ini telah menyuntik semangat pasukan Sarawak," tambahnya.