BARCELONA 5 REAL SOCIEDAD 2
(Barca mara menerusi agregat 6-2)
Denis Suarez mendakwa dia mempunyai hubungan istimewa dengan rakan sepasukannya, Lionel Messi, selepas memainkan peranan penting dalam kemenangan Barcelona dalam aksi suku akhir Copa del Rey.
Penyandang juara itu mara ke peringkat separuh akhir menerusi agregat 6-2 selepas membenam Real Sociedad 5-2, awal pagi tadi.
Denis Suarez menyumbat dua gol dan gol keduanya itu terhasil menerusi gandingannya dengan Messi, lapan minit sebelum permainan berakhir.
"Saya mempunyai keserasian istimewa dengan Leo. Ketika saya beraksi di sampingnya, sentuhan saya juga menjadi," katanya kepada BeIN.
Kali terakhir Denis Suarez menjaringkan gol adalah ketika membelasah Eibar dalam aksi LaLiga -- yang juga merupakan gol pertamanya bersama gergasi Sepanyol itu.
Pemain berusia 23 tahun itu menambah: "Ini sebuah pasukan yang memberikan saya perasaan yang menyenangkan.
"Kami menguasai permainan dari mula lagi di sebalik tekanan yang diberikan mereka. Selepas gol pertama, mereka mula memberi kami ruang dan dengan tiga penggempur yang kami miliki, ia akan membunuh."