Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) menyifatkan sekatan “membeli” pemain import yang dikenakan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) terhadap Kelantan menambahkan lagi masalah kepada pasukan itu bagi menghadapi baki saingan Liga Perdana musim ini.
Presidennya, Bibi Ramjani Ilias Khan, berkata MFL seharusnya bersikap adil berhubung dengan denda terbabit yang akan memberikan kesan kepada persatuan dan pasukan.
"Sebelum ini kami (KAFA) sudah setuju bayar tuntutan bekas pengarah teknikal, Alfredo Gonzales, melalui pemotongan geran dan kenapa masih lagi mahu sekat kami mendapatkan pemain import?
"Kami tidak tahu apa kesalahan baru menyebabkan denda terbabit. Sudah banyak kami dikenakan antara hukuman sekat lesen, sekat geran dan pemotongan mata, selepas ini berapa banyak hukuman lagi kami tidak tahu," katanya.
Semalam MFL mengumumkan tujuh pasukan Liga Malaysia dikenakan tindakan pemotongan 50 peratus daripada jumlah geran bagi musim 2019 di atas kegagalan mematuhi tarikh akhir pendaftaran pasukan 31 Disember lalu.
Dalam masa sama, lima daripada tujuh pasukan, iaitu Kuala Lumpur, Kelantan, Pulau Pinang, PDRM dan Sarawak turut dikenakan denda sekatan perpindahan bagi jendela perpindahan kedua bermula 2 Mei depan kerana mengulangi kesalahan sama seperti tahun lalu.
Bibi Ramjani berkata denda dan hukuman itu seolah-oleh mahu KAFA terkeluar daripada saingan Liga Malaysia (Liga-M).
"Kami persatuan (ahli gabungan) ibarat anak-anak yang bergelut dengan pelbagai masalah, dan tekanan mengadu kepada bapa, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan MFL, untuk ihsan tetapi usahkan simpati yang dapat, malah tendang terajang daripada bapa yang dapat.
"Kalau bukan MFL atau FAM yang boleh jaga (bantu) kami, siapa lagi yang akan jaga kami untuk kelancaran bola sepak negara?," soalnya.
Dengan sekatan mendapatkan khidmat pemain import baharu, tekanan hebat akan dilalui Kelantan berikutan pasukan itu sangat memerlukan khidmat pemain import susulan pemain import sebelum ini, Raul Tarragona, menamatkan kontrak.
Malah, pemain import yang ada, mutu permainan mereka bukan di tahap seorang pemain asing.
Selepas sembilan perlawanan, Kelantan ketika ini berada di tangga tercorot liga dengan empat mata selepas hanya memperolehi satu kemenangan (dipotong mata), empat seri dan empat kekalahan.
-- BERNAMA