Skip to main content

Bola Sepak

Dempsey umumkan persaraan daripada bola sepak profesional

clintdempsey-cropped_lulniylxyxii10r64bgvdqr3d.jpg
Sudah tiba masa buat Clint Dempsey untuk menggantung kasut bolanya.

Penyerang veteran itu mengumumkan persaraannya daripada arena profesional semalam, mengakhiri karier selama 15 tahun selepas mewakili New England Revolution, Fulham FC, Tottenham Hotspur, Seattle Sounders serta skuad kebangsaan Amerika Syarikat.

"Selepas lama memikirkannya, saya dan keluarga membuat keputusan bahawa ini adalah tempoh terbaik untuk saya berundur daripada permainan," kata Dempsey.

"Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan, barisan jurulatih serta skuad sokongan yang sentiasa bersama saya di sepanjang karier. 

"Semestinya ia menjadi impian saya untuk bergelar pemain profesional. Saya gembira dapat melalui perjalanan ini.

"Saya juga mahu mengucapkan terima kasih kepada peminat-peminat yang menyokong saya di sepanjang karier bersama New England Revolution, Fulham FC, Tottenham Hotspur, Seattle Sounders serta skuad kebangsaan Amerika Syarikat. Anda telah membuatkan saya berasa seperti di laman sendiri dan ia tidak akan dilupakan," ujarnya.

Dempsey, 35, muncul sebagai salah seorang pemain bola sepak paling berpengaruh di Amerika Syarikat. Dia berkongsi senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman buat skuad kebangsaan bersama Landon Donovan dengan 57 gol. 

Dia juga telah melakukan 141 penampilan di peringkat antarabangsa dan menduduki tangga ketiga keseluruhan, sama seperti catatan 21 bantuan gol yang dicipta.

Advertisement

Must Watch Video