Ousmane Dembele menjaringkan gol LaLiga pertamanya musim ini dan menambah dua bantuan dalam penampilan cemerlang ketika Barcelona kembali ke empat teratas LaLiga dengan kemenangan 4-0 ke atas Athletic Bilbao.
Dembele berdepan kritikan hebat dalam kalangan peminat Barca selepas tidak bersetuju untuk melanjutkan kontrak, yang akan tamat berakhir musim ini, tetapi percubaan cemerlang enam minit setelah diperkenalkan daripada bangku simpanan memastikan kemenangan Camp Nou semalam.
Selepas Atletico Madrid memintas Blaugrana dengan kemenangan mereka Sabtu lalu, Pierre-Emerick Aubameyang meneruskan prestasi terbaiknya baru-baru ini untuk menjaringkan gol untuk membantu pasukan kendalian Xavi, sebelum Dembele menjaringkan gol dan kemudian dua hantaran silang bagi membenarkan Luuk de Jong dan Memphis Depay menemui jaring pada penghujung permainan.
Dan dengan Real Betis tewas kepada Sevilla, Barca kini hanya ketinggalan satu mata di belakang tempat ketiga dengan berkelebihan satu perlawanan sekaligus mengekalkan rentak kebangkitan susulan permulaan musim yang hambar.