Ousmane Dembele telah didiagnosis mengalami koyakan otot yang serius di paha kanannya, demikian diumumkan Barcelona.
Dembele mengalami kecederaan berulang itu ketika sesi ujian kelmarin selepas bergelut dengannya sejak November lalu.
Ketika kelab itu tidak menetapkan sebarang tempoh untuk dia kembali pulih sepenuhnya, banyak laporan-laporan di Sepanyol mendakwa Dembele akan terpaksa direhatkan sepanjang baki musim ini.
Barca berkata dalam satu kenyataan: "Pemeriksaan yang dijalankan ke atas Ousmane Dembele semalam mendapati pemain itu mengalami koyakan yang serius di otot paha kanannya.
"Dalam beberapa jam ini, satu keputusan akan dikeluarkan mengenai rawatan pemulihan yang perlu dilaluinya."
Dembele hanya melakukan sembilan penampilan bersama Barca musim ini dan menamatkan musim lalu sebulan lebih awal kerana kecederaan paha.
Pemain berusia 22 tahun itu tiba daripada Borussia Dortmund dengan yuran pendahuluan bernilai €105 juta (RM477.47 juta) pada 2017 tetapi kerap dibelenggu dengan masalah kecederaan sepanjang di Camp Nou.
Dia menjalani pembedahan paha kiri selepas sebulan menyertai kelab itu dan tidak dapat beraksi sehingga Januari 2018.
Dembele kemudian mengalami kecederaan sama, hanya selepas kembali beraksi dalam empat perlawanan dan menghabiskan sebulan lagi di bangku pemain simpanan.
Pada penghujung musim 2018-19, dia terkehel buku lali yang diikuti dengan kekejangan paha kiri dan seterusnya kecederaan paha kanan, yang membataskan penglibatannya bersama pasukan itu.
Kecederaan terbaru itu merupakan tamparan hebat buat pengurus Barca, Quique Setien, yang mengharapkan kepulangan Dembele dapat mengembalikan kekuatan serangan pasukannya selepas Luis Suarez turut terpaksa direhatkan hingga Mei depan susulan menjalani pembedahan lutut.
Editor: Muzaffar Musa