Skip to main content

Bola Sepak

Dembele cedera lagi

ousmane-dembele.jpg
Ousmane Dembele gagal dalam percubaannya untuk kembali mewakili Barcelona apabila mengalami kecederaan pinggul yang berulang.

Barca mengesahkan pemain berusia 22 tahun itu mengalami ketidakselesaan di kaki kanannya kerana ketegangan otot dalam sesi latihan semalam.

Kelab itu menambah pemain tengah berkenaan akan meneruskan proses pemulihannya tanpa menetapkan sebarang tempoh untuk kembali beraksi.

Dembele tidak pernah beraksi sejak dikeluarkan dalam babak pertama ketika Barca menewaskan Borussia Dortmund 3-1 di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah (UCL), 27 November lalu.

Dia pada awalnya direhatkan selama 10 minggu dan hanya melakukan tiga penampilan dalam LaLiga musim ini -- melakukan proses pemulihan awalnya di Qatar.

Pengurus Barcelona, Quique Setien, telah membincangkan mengenai Dembele minggu lalu dengan berkata dia tidak perlu risau dengan kegagalan kelab itu menandatangani penyerang baru dalam jendela perpindahan bulan lalu kerana penggempur itu akan mempamerkan kehebatannya apabila kembali mewakili pasukannya.

Dembele menyertai Barca dengan bayaran pendahuluan sebanyak €105 juta (RM477.9 juta) pada Ogos 2017 tetapi sentiasa bergelut dengan kecederaan sepanjang berada di Sepanyol.



Editor: Muzaffar Musa

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found