Skip to main content

Bola Sepak

Demam Ronaldo landa Austria, peminat minta tandatangani seluar dalam

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cristiano-ronaldo.jpg
Kehadiran Cristiano Ronaldo ke Austria mendapat sambutan hangat daripada peminat tempatan biarpun bintang Portugal kurang selesa kerana kawalan keselamatan yang longgar. 

Ronaldo baru sahaja memeterai kontrak lanjutan selama dua tahun dan akan mengikuti jelajah kelab Arab Saudi, Al-Nassr, ke Eropah sebelum anak buah Jorge Jesus membuka kempen 2025/26, tiga minggu lagi. 




Kelibatnya mengundang peminat-peminatnya untuk berkumpul di Brandelhof Hotel, malah Ronaldo hampir hilang sabar kerana terdapat sebilangan daripadanya yang bertindak lebih jauh dengan mengetuk pintu bilik hotelnya -- dengan harapan berpeluang bertemu pemain sensasi dunia itu, apatah lagi di gelanggang latihan mereka. 

Begitupun, Ronaldo tetap prihatin apabila meluang masa melayani tandantangan peminat dan antaranya termasuklah bola, jersi, plat kereta malah seluar dalam. 




 

Advertisement

Must Watch Video