Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Del Piero: Modric berhak atasi Ronaldo

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lukamodric.jpg
Legenda Juventus, Alessandro Del Piero, percaya Luka Modric berhak memenangi anugerah Pemain Terbaik UEFA mengatasi Cristiano Ronaldo.

Modric membantu Real Madrid melakar kejayaan meraih gelaran Liga Juara-Juara (UCL) buat kali ketiga berturut-turut sebelum mencetus inspirasi buat Croatia tampil dalam aksi final Piala Dunia di Russia.

Badan bola sepak Eropah itu memberikan penghargaan kepada pemain berusia 32 tahun itu di Monaco minggu lalu tetapi bekas rakan sepasukannya, Ronaldo, tidak menghadiri majlis tersebut.

Bekas penyerang Juve, Del Piero, berkata peranan pemain tengah itu bagi musim 2017-18 buat kelab dan negaranya lebih menyerlah jika dibandingkan dengan Ronaldo.

"Saya memahami keadaan Ronaldo tetapi Modric berhak menerima anugerah itu," katanya.

"Modric telah menampilkan aksi terbaik bersama Real dan dalam Piala Dunia sambil Ronaldo turut mengharungi musim yang terbaik.

"Tetapi saya juga tidak gembira dengan tindakan Ronaldo kerana tidak menghadiri majlis tersebut."

Del Piero berasakan pemain yang memenangi anugerah UEFA mampu meraih kejayaan individu yang bakal diumumkan pada penghujung tahun ini.

"Ballon d'Or? Selalunya pemenangnya turut memenangi anugerah UEFA," ujarnya.

Ronaldo gagal menjaringkan sebarang gol dalam tiga perlawanan bersama Juve setakat ini dan Del Piero menjelaskan saingan Serie A yang memiliki reputasi permainan bertahan yang ampuh menyukarkan mana-mana penyerang mencipta jaringan.

"Di Itali, permainan bertahan adalah lebih baik mendominasi dan yang ia menyukarkan mana-mana penyerang.

"Ronaldo perlu mengetahui saingan ini. Juve perlu bergembira kerana mereka meraih kemenangan tanpa jaringan Paulo Dybala dan Ronaldo," katanya lagi.
 

Advertisement

Must Watch Video