Calon presiden, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, berkata Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) perlu mendedahkan jumlah hutang lapuk terkini yang ditanggung kepada semua calon yang akan bertanding dalam kongres agung luar biasanya (EGM), Sabtu ini.
Abdul Rashid yang juga Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkata pendedahan itu penting bagi memastikan sesiapa yang bakal mengambil alih badan induk itu dapat melakukan perancangan terbaik dalam usaha memulihkan bola sepak Kelantan.
"Saya berpendapat KAFA perlu telus dan ikhlas dalam isu hutang jika mahu bola sepak Kelantan kembali ke landasan sebenar selepas mengalami kemerosotan yang ketara sejak kebelakangan ini.
"Saya bimbang jika jumlah hutang tidak dibentangkan secara terbuka, ia boleh menghancurkan bola sepak Kelantan.
"Perlu ingat, pengurusan bola sepak perlukan dana yang cukup besar. Jadi, bila maklumat tepat hutang didedahkan, maka mudahlah tugas calon mencari dana bagi menggerakkan pasukan," katanya.
Dalam perkembangan lain, Abdul Rashid yang juga bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berjanji akan terus komited untuk menerajui KAFA jika mendapat sokongan padu daripada semua Persatuan Bolasepak Jajahan (PBJ).
"Saya sudah sedia untuk menggalas tanggungjawab itu sekiranya diberikan mandat nanti," katanya.
Untuk rekod, selain Abdul Rashid, tiga calon lain turut dicalonkan PBJ untuk kerusi presiden KAFA, iaitu Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, bekas Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa, dan ahli perniagaan, Datuk Seri Amril Aiman Abdul Aziz.