Daniele De Rossi tidak begitu gembira untuk mengakhiri kerjaya di Roma pada akhir musim ini.
De Rossi, yang mewakili Roma sepanjang kerjayanya, telah mewakili Roma dalam 615 perlawanan, iaitu penampilan terbanyak selepas bekas rakan sepasukan, Francesco Totti, dalam sejarah penubuhan Giallorossi.
Pemain berusia 35 tahun itu, yang muncul lapan kali naib juara Serie A bersama Roma, tidak berhasrat untuk bersara di kelab tersebut dan dijangka berpindah keluar dari Itali bagi menikmati penghujung kerjayanya.
De Rossi mengesahkan dia lebih gemar sekiranya dapat kekal di Roma yang menawarkan kepadanya peranan di luar padang meskipun pemain tengah tersebut hanya memulakan 14 perlawanan Serie A musim ini.
"Roma dan saya saling memilih di antara satu sama lain. Wujud perasaan kasih sayang yang tinggi di antara kami, kini dan pada masa depan -- walaupun dalam bentuk yang lain," katanya dalam sidang akhbar, semalam.
"Jangan terkejut sekiranya anda melihat saya bersama dengan peminat di beberapa perlawanan di tempat lawan, menikmati sandwic dan minuman serta bersorak di samping rakan-rakan saya.
"Menyorot kembali karier saya di sini, ada beberapa detik tertentu yang ingin saya ubah tetapi secara keseluruhannya, saya tidak akan mengubah apa-apa dan akan tetap setia kepada pasukan ini. Jika saya mempunyai tongkat sakti, pasti saya akan meletakkan beberapa trofi lagi dalam koleksi kelab.
"Saya menyedari keputusan yang akan diambil oleh kelab mengenai diri saya. Saya mencecah umur 36 tahun dan saya sedar tentang hakikat bola sepak dan saya tidak mahu mengganggu perhatian mereka dalam usaha mengejar kejayaan di pentas Eropah.
"Saya berterima kasih kepada barisan pengarah atas tawaran yang mereka kemukakan -- saya menghormatinya dan menghargainya tetapi saya masih mahu terus bergelar pemain.
"Saya tidak bersetuju bahawa keputusan ini secara bulat-bulatnya terserah kepada saya sendiri. Kelab ini wujud untuk membuat keputusan seperti ini di samping barisan kejurulatihan.
"Saya ingin menjadi jurulatih, saya tidak melihat diri saya akan bertindak sebagai pengarah tetapi di Roma, peranan seperti itu akan mempunyai makna besar. Saya perlu berkelana dan belajar untuk menimba pengetahuan -- ia akan menjadi satu pengembaraan yang jauh.
"Saya tidak terlalu gembira tetapi saya akur dengan keputusan kelab. Saya tidak membencinya dan kami tidak pernah bercakap pasal wang: itu bukan isu utama."
Ketua Eksekutif Roma, Guido Fienga, mengakui kelab itu terlalu lewat untuk membincangkan masa depan ketua pasukan kelab itu.
"Saya mewakili kelab ingin memohon maaf kepada Daniele kerana tidak berbincang dengannya lebih awal -- ia satu musim yang kucar-kacir," kata Fienga.
"Kelab menyedari kesilapan yang telah dibuat, kami cuba memperbaikinya dan kami menghargai cara Daniele menerima keputusan itu."
Roma akan melantik pengurus baru untuk musim 2019-20 selain kapten baru bagi menggantikan De Rossi manakala Claudio Ranieri mengesahkan dia tidak akan meneruskan peranannya sebagai pengurus sementara.
Dengan baki dua lagi perlawanan Serie A, Roma berada di tangga keenam dan tiga mata di belakang Atalanta untuk merebut kelayakan Liga Juara-Juara (UCL).