Penyerang import Kuala Lumpur, Guilherme De Paula, bertekad memadamkan rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman pasukan itu, Fandi Ahmad, apabila meletakkan sasaran untuk menjaringkan 100 gol bersama skuad Warga Kota.
De Paula mencetuskan sensasi apabila meledak empat gol ketika membantu Kuala Lumpur menumpaskan Felcra FC 4-1 dalam aksi Piala Malaysia, Ahad lalu.
Jaringan yang dihasilkan di Cheras itu membolehkannya mengumpul 51 gol dalam tempoh tidak sampai dua musim bersama The City Boys.
Ia hampir menyamai rekod penjaring terbanyak dalam sejarah pasukan itu yang dipegang bekas penyerang terbilang Singapura, Fandi, menerusi 67 gol dan K. Kannan, 61 gol.
"Kali terakhir saya meledak hatrik adalah ketika menentang Kuching FA dalam aksi Piala FA, Mac lalu.
"Tahun lalu, saya menjaringkan enam gol (menentang ATM) dalam saingan Liga Perdana. Ketika ini, saya sudah menyumbat 51 gol, saya sangat gembira melakukannya dalam tempoh dua musim.
"Saya harap dapat mencapai 100 gol," katanya.
Misi penyerang dari Brazil berusia 32 tahun berkenaan bukan mustahil memandangkan dia mempunyai baki kontrak selama setahun lagi bersama Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA).
Kelibatnya sudah pasti akan terus ditagih pasukan bagi aksi seterusnya berdepan Perak di laman sendiri, Ahad ini.