Penyerang Kuala Lumpur, Guilherme De Paula, menganggap jaringan pertamanya musim ini ketika membenam Kedah 2-1 di Stadium KLFA, Cheras, malam tadi, sebagai motivasi untuknya menambah jumlah gol dalam misi merebut gelaran penjaring terbanyak musim ini.
De Paula bertekad mengulangi pencapaian terbaiknya yang menyaksikannya menghadiahkan 13 gol buat Kuala Lumpur musim lalu.
Ini merupakan penampilan kedua pemain kelahiran Brazil itu dalam aksi musim 2019 selepas pulih daripada kecederaan buku lali.
Bagaimanapun, De Paula menganggap kemenangan 2-1 ketika menentang Kedah adalah permulaan yang baik untuk mendapatkan kembali rentak permainannya bagi menghadapi perlawanan seterusnya menentang Felda United.
"Bagi kami, ia mudah. Kami cintakan bola sepak dan kami bekerja keras.
"Kami perlu menghormati lawan kami yang berikutnya. Kami akan meraikan kejayaan ini malam ini (tadi) tetapi esok adalah permulaan baru," kata penyerang itu.
Jurulatih sementara Kuala Lumpur, Choong Yee Fatt, menarik nafas lega apabila pemain import itu sudah pulih sepenuhnya untuk membantu skuad Warga Kota dalam baki saingan liga musim ini.
"Oleh kerana De Paula sudah berehat lama, jadi saya menggandingkannya dengan Indra Putra Mahayuddin yang berpengalaman luas.
"Indra amat mengenali De Paula manakala kami tidak boleh bermain secara terbuka ketika berdepan Kedah, oleh itu kami lebih senang melancarkan serangan balas," kata jurulatih itu.
Dalam masa sama, Yee Fat turut gembira dengan prestasi penjaga gol, Sharbinee Allawee Ramli, yang mematahkan beberapa percubaan menarik pihak lawan daripada membolosi gawang.
"Bukan hanya perlawanan ini sahaja, dia telah beraksi cemerlang dalam lapan-sembilan perlawanan sebelum ini, sebab itulah kami tetap menaruh kepercayaan terhadapnya.
"Bagi saya, dia adalah penjaga gol terbaik," katanya.