Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

De Ligt sangka Ajax sudah ke final

deligt.jpg
Kapten Ajax, Matthijs de Ligt, berkata kelab Belanda itu menyangka mereka sudah melangkah ke final Liga Juara-Juara (UCL) sebelum jaringan dramatik Tottenham, awal pagi tadi.

Spurs – yang tewas 1-0 dalam perlawanan pertama -- bangkit daripada ketinggalan 2-0 di Amsterdam untuk mengejutkan Ajax 3-2 hasil jaringan hatrik Lucas Moura.

De Ligt dan Hakim Ziyech meletakkan Ajax mendahului 3-0 secara agregat dalam separuh masa pertama sebelum Lucas menjaringkan tiga gol dengan penuh bergaya menerusi kelebihan jaringan di tempat lawan.

Ia mengakhiri perjalanan kisah dongeng Ajax dalam saingan UCL selepas menyingkirkan Real Madrid dan Juventus untuk ke final dan De Ligt meratapi kekalahan kelab Eredivisie itu.

"Pengadil berkata kepada kami perlawanan hanya berbaki satu minit dan kami berjuang untuk memenangi perlawanan ini," kata De Ligt.

"Kami sangka mampu ke final, tetapi tidak. Lima saat terakhir permainan terlalu panjang.

"Ia sangat mengecewakan apabila perjalanan kami berakhir dalam separuh akhir.

"Spurs bermain dengan keamatan yang baik, mereka menghadirkan banyak masalah kepada kami, terutama sekali dalam separuh masa kedua."
 

Advertisement

Must Watch Video