Mino Raiola menjelaskan pemain pertahanan, Matthijs de Ligt, telah bersetuju dengan kontrak bersama Juventus dan Ajax perlu segera berbincang dengan juara Serie A itu.
Pemain kebangsaan Belanda, De Ligt, merupakan topik hangat dalam jendela perpindahan kali ini, dengan prestasinya bersama kelab dan negara sepanjang tahun ini telah mengaitkan dirinya dengan barisan gergasi Eropah seperti Juve, Paris Saint-Germain (PSG), Barcelona dan Manchester United.
Ia telah dilaporkan bahawa pemain berusia 19 tahun itu telah menerima tawaran lima tahun daripada Juve yang bernilai kira-kira €9 juta (RM42 juta).
Raiola memberitahu akhbar Belanda, De Telegraaf, bahawa De Ligt telah bersetuju dengan kontrak dan menggesa Ajax untuk membuat keputusan terhadap masa depan pemain itu.
Juve dikatakan telah membuat bidaan bernilai €50 juta (RM232 juta), namun ia telah ditolak.
"Persetujuan telah dilakukan bersama De Ligt dan segalanya terpulang kepada Ajax untuk berbincang dengan Juve," kata Raiola.
Raiola turut menegaskan tindakan pemain itu tidak menyertai kem latihan pra-musim bersama Ajax bukan sebahagian daripada langkah De Ligt mahu meninggalkan kelab.
Dia telah dijangka melaporkan diri bersama juara Eredivisie itu hari ini, namun terdapat khabar angin dari Itali yang dia bakal menjalani ujian bersama Juve seawal Rabu ini.