Jesper Olsen menyifatkan pemain yang bakal menyertai Barcelona, Frenkie de Jong, sebagai pemain yang "cukup istimewa" apabila bintang Ajax itu bakal bergandingan dengan Lionel Messi di Camp Nou.
De Jong akan berpindah ke juara LaLiga, Barca, pada akhir musim ini selepas bersetuju dengan nilai perpindahan €86 juta (RM396j).
Pemain tengah berusia 21 tahun itu menarik minat kelab elit Eropah termasuk gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG), sebelum memilih Barca pada Januari lalu.
Menjelang aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL) di antara Ajax dan Juventus di Amsterdam, awal pagi Khamis ini, bekas pemain sayap itu lantas memuji De Jong.
"Terdapat ramai pemain istimewa di seluruh pelosok dunia ketika ini tetapi dia adalah pemain yang sangat istimewa," kata Olsen -- yang memenangi dua gelaran Eredivisie dan Piala KNVB ketika mewakili Ajax selama tiga tahun sekitar 1980-an -- kepada Omnisport.
"Ketenangannya, kita tidak boleh mengatakan ia adalah pengalaman memandangkan usianya (masih mentah) tetapi dia kelihatan seperti amat berpengalaman dan untuk melakukan sepertinya, ia memerlukan pemain yang sangat istimewa."
Tambah Olsen: "Barcelona akan sentiasa berada di puncak di samping Real Madrid.
"Mereka seakan-akan sedang memperbaharui pasukan mereka. Messi masih melakukan tugasnya, sangat mengagumkan apabila anda memikirkan apa yang telah dilakukannya selama bertahun-tahun.
"Barcelona adalah kelab yang hebat untuk disertai, tidak syak lagi."
De Jong menyumbat tiga gol musim ini dan pemain antarabangsa Belanda tersebut memainkan peranan penting ketika Ajax mengejutkan Real Madrid dalam pusingan 16 yang lalu.