Skip to main content

Bola Sepak

De Jong enggan dibandingkan dengan Xavi, Iniesta

frenkiedejong.jpg
Pemain tengah Barcelona, Frenkie de Jong, enggan dibandingkan dengan legenda kelab, Xavi dan Andres Iniesta.

De Jong menandatangani kontrak bersama juara LaLiga itu daripada Ajax, Januari lalu, dengan yuran perpindahan €75 juta (RM348 juta) tetapi hanya berpindah ke Nou Camp selepas tamat musim 2018-19.

Pemain kebangsaan Belanda itu telah mula dibandingkan dengan Xavi dan Iniesta, bagaimanapun De Jong tidak berminat untuk membincangkan persamaannya.

"Saya tidak mahu dibandingkan dengan mereka," kata De Jong.

"Ia merupakan kelab terbaik untuk pemain tengah. Penguasaan bola pasukan ini sangat baik, ia amat bersesuaian dengan saya."

De Jong menyertai Barcelona selepas beraksi cemerlang dengan Ajax, menjuarai dua gelaran domestik dan melangkah ke separuh akhir Liga Juara-Juara.

Barca turut tersingkir dalam separuh akhir, meneruskan penantian gelaran UCL sejak 2015.

Membincangkan sasarannya bagi musim 2019-20, De Jong mahu tersenarai dalam skuad utama Barca dan mahu membantu pasukan di pentas Eropah.

"Saya mahu kerap diturunkan. Ia merupakan apa yang dimahukan oleh semua pemain. Saya akan bekerja keras dalam sesi latihan dan cuba yang terbaik setiap kali beraksi di atas padang.

"Saya gemar menyerang, ia lebih menarik dan meningkatkan keterujaan penyokong yang hadir," katanya lagi.

Advertisement

Must Watch Video