Skip to main content

Bola Sepak

De Gea tidak terkesan dengan kritikan

david-de-gea_.jpg
David de Gea tidak mendengar kritikan yang remeh terhadap persembahannya ketika beraksi untuk Manchester United dan Sepanyol.

Penjaga gol itu menerima kritikan ketika saingan Piala Dunia selepas hanya menafikan satu percubaan di Russia 2018 di samping melakukan kesilapan yang membenarkan kapten Portugal, Cristiano Ronaldo, menjaringkan gol ketika seri 3-3.

De Gea telah menemui rentak sejak kembali ke United bagi musim 2018-19 dan tidak bolos dalam lima perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) setakat ini.

Dan pemain berusia 27 tahun itu menjelaskan dia tidak terganggu dengan pendapat di luar United.

"Kebiasaannya, saya tidak mendengar orang yang bercakap mengenai saya dan tumpuan saya adalah membantu pasukan dan meningkatkan mutu permainan," kata De Gea.

"Saya tidak pernah mendengar perkara remeh yang dikatakan mereka."

United akan membuka kempen Liga Juara-Juara (UCL) apabila berkunjung ke Young Boys hari ini, dengan De Gea berdepan cabaran beraksi di atas padang tiruan di Stade de Suisse.

Skuad kendalian Jose Mourinho itu dikejutkan Sevilla dalam pusingan 16 musim lalu tetapi menyasarkan gelaran Liga Juara-Juara (UCL) pertama sejak 2011.

"Kami tidak biasa beraksi di atas padang tiruan, ia akan memberikan cabaran yang berbeza.

"Sukar buat kami tetapi pasukan berlatih setiap hari dan melihat bagaimana pergerakan bola dan kami akan berusaha mencari kemenangan.

"UCL adalah saingan yang istimewa Ia merupakan sasaran utama Manchester United dan kami bersedia untuk berjuang.

"Kami memiliki kumpulan yang sukar dan berdepan lawan sukar dalam aksi pertama. Saingan ini sentiasa memberikan kesukaran dan ia adalah perkara biasa."
 

Advertisement

Must Watch Video