Skip to main content

Bola Sepak

De Gea? Navas tekad kekal di Bernabeu

navas-cropped_e7ywtd9pwilu133i1lp21uozh.jpg
Penjaga gol, Keylor Navas, mahu kekal di Real Madrid untuk beberapa tahun akan datang tatkala spekulasi perpindahan melibatkan pemain bintang Manchester United, David de Gea, ke Santiago Bernabeu semakin hangat diperkatakan.

De Gea dijangka berhijrah ke Madrid selepas perpindahannya pada musim 2015 tidak berlaku.

Bagaimanapun, Navas tidak terganggu dengan laporan itu selepas membantu Real Madrid mara ke final Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi.

"Saya mahu kekal di Real Madrid untuk beberapa tahun akan datang," ujar pemain berusia 30 tahun itu selepas Madrid tewas 2-1 dalam separuh akhir kedua tetapi mara dengan kemenangan agregat 4-2.

"Saya tidak peduli dengan apa orang kata, saya hanya melakukan tugas saya.

"Penyokong masih memberi sokongan kepada saya."

Navas menambah: "Ini bukan tahun yang mudah bagi saya. Walaupun kekurangan aksi ketika pra-musim, saya berasa cukup baik ketika ini.

"Saya berasa sangat bertuah kerana dapat beraksi di peringkat tinggi seperti ini."

Madrid kini berpeluang untuk mempertahankan kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah berdepan Juventus di Cardiff, 3 Jun ini.

"Kami gembira kerana kembali ke final, kami menjangkakan saingan sengit," kata Navas.
 

Advertisement

Must Watch Video