Pengendali Manchester United, Jose Mourinho, menjangkakan David De Gea akan menandatangani kontrak baru bersama pasukannya tidak lama lagi.
Penjaga gol Sepanyol itu menjadi sasaran Real Madrid sejak beberapa tahun lalu, menyaksikan usaha untuk membawanya ke Santiago Bernabeu gagal pada 2015.
Los Blancos kemudian mengalihkan perhatian dan membawa masuk penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois, yang meninggalkan Chelsea untuk berhijrah ke ibu negara Sepanyol itu, tempat di mana dia menghabiskan tempoh pinjaman bersama Atletico Madrid dari 2011 sehingga 2014.
Bercakap dalam sidang media menjelang aksi Liga Perdana Inggeris berdepan Brighton and Hove Albion di tempat lawan malam ini, Mourinho menolak kemungkinan De Gea akan meninggalkan Old Trafford.
"Tiada nilai untuk De Gea dalam pasaran perpindahan ketika ini," katanya.
"Dia adalah pemain Manchester United, akan menandatangani kontrak baru tidak lama lagi kerana dia gembira di sini dan kami menyayanginya.
"Dia mahu kekal dan kami juga begitu, jadi dia tiada dalam pasaran perpindahan. Jika pemain tiada di dalam pasaran perpindahan, harganya tidak ternilai," katanya.
Menurut Mourinho, ejen kepada De Gea yang turut merupakan individu yang mengendalikan urusan pengurus itu, Jorge Mendes, enggan meneruskan usaha perpindahan untuk pelanggannya walaupun Madrid menunjukkan minat.
"Ejen itu tidak mencipta masalah dan cuba mencapai objektifnya. Saya berterima kasih untuk usaha itu," tambah Mourinho.
"Dia menghormati kelab dan pemain, De Gea juga gembira untuk kekal, jadi ketiga-tiga pihak harus menerima pujian."
Mengenai kepentingan De Gea dala skuad United, pengendali dari Portugal itu berkata: "Saya tidak akan menukarnya dengan mana-mana pemain.
"Penjaga gol saya adalah pemain terbaik dunia, jika anda faham maksud saya. Saya sering berkata demikian sewaktu mengendalikan Uniao Leiria, sebuah kelab kecil di Portugal.
"Saya tidak bermaksud untuk memandang rendah akan kemampuan pemain seperti Thibaut Courtois atau Manuel Neuer. Terdapat banyak penjaga gol di luar sana tetapi saya gembira dengan apa yang saya ada."
Dalam masa sama, Mourinho juga mengkritik media yang dirasakan bersikap tidak adil terhadap De Gea selepas melakukan kesilapan mudah sewaktu Sepanyol diikat seri 3-3 oleh Portugal dalam Piala Dunia.
"Kebanyakan pemain dalam pasukan itu dilindungi kerana mereka beraksi untuk Real Madrid, Barcelona, Atletico Madrid dan lain-lain," tambahnya.
"Pemain malang yang beraksi untuk United menjadi sasaran media tetapi De Gea lebih kuat daripada yang disangka.
"Dia tahu bukan satu individu yang bertanggungjawab di atas penyingkiran Sepanyol. Dia kembali ke sini seperti biasa dan ketika kami berada di Amerika Syarikat, dia berusaha lebih daripada kebiasaannya."