England pasukan pilihan untuk menjuarai Euro 2020 di samping Perancis, kata pemain tengah Manchester City, Kevin De Bruyne.
Skuad kendalian Gareth Southgate itu melonjak ke tangga keempat ranking dunia Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) selepas melakar dua kemenangan dalam pusingan kelayakan bulan ini.
The Three Lions -- yang ke separuh akhir Piala Dunia tahun lalu -- menewaskan Republik Czech 5-0 dan Montenegro 5-1 bagi memulakan kempen kelayakan mereka dengan cemerlang.
De Bruyne -- yang menjaringkan gol kedua dalam Liga Perdana Inggeris musim ini ketika membantu City menewaskan Cardiff City 2-0, semalam -- percaya pasukan itu mempunyai skuad mantap bagi memberikan saingan hebat dalam tempoh sedekad ini.
"Saya memberitahu pemain England yang mereka sepatutnya menjuarai Euro 2020.
"Mereka merupakan pasukan pilihan di samping Perancis.
"Saya dapat lihat pasukan itu telah matang dan dengan kehadiran pemain muda baru, masa depan mereka amat cerah.
"Adakah mereka akan memenanginya? Saya tidak tahu kerana hanya satu pasukan akan bergelar juara, namun mereka berpeluang cerah untuk melakukannya sepanjang 10 tahun ini," katanya.
Sementara itu, rakan sepasukan De Bruyne, Bernardo Silva, berkata City sudah berada di kemuncak musim ini walaupun mengakui mereka sedang tertekan dalam mencipta sejarah memenangi empat kejuaraan semusim.
Selepas menjuarai Piala EFL, City kini sedang bersaing dalam separuh akhir Piala FA, suku akhir Liga Juara-Juara Eropah dan akan menjuarai Liga Perdana Inggeris andai memenangi kesemua baki perlawanan musim ini.
"Saya berasakan jika kami tidak mempercayainya, kami tidak akan berjaya melakukannya," katanya kepada BBC Football Focus.
"Kami perlu percaya yang kami mampu untuk melakukannya.
"Kita tahu ia perkara sukar kerana tiada siapa pernah melakukannya sebelum ini.
"Namun, dengan skuad yang kami miliki, dengan kualiiti yang pasukan ini miliki, dengan semua staf kejurulatihan dan penyokong di belakang kami, saya berasakan kami mampu melakukannya walaupun ia tugas sukar.
"Sudah pasti anda perlu berasa tertekan, jika tidak, anda tidak normal. Setiap orang akan berasa tertekan.
"Sudah pasti apabila anda memasuki bulan terakhir musim ini di mana anda boleh memenangi atau kehilangan segala-galanya, anda harus berdepan tekanan.
"Kami sudah terbiasa dengan situasi ini.
"Ia merupakan bulan terhebat sepanjang musim ini," katanya.