CRYSTAL PALACE 1 MANCHESTER CITY 3
Kevin de Bruyne dapat melihat apa yang orang lain tidak nampak, kata pengurus Manchester City, Pep Guardiola.
De Bruyne diletakkan di bangku simpanan ketika City tewas 0-1 kepada Tottenham Hotspur dalam suku akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah, Rabu lalu.
Pemain kebangsaan Belgium itu kembali menguatkan kesebelasan utama City ketika menewaskan Crystal Palace 3-1 di Selhurst Park, malam tadi, dengan dia turut menghasilkan dua bantuan jaringan.
De Bruyne melakukan hantaran yang membantu Raheem Sterling menjaringkan gol pembukaan selain mambantu jaringan Gabriel Jesus pada lewat permainan untuk memberikan City kemenangan kesembilan berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.
Aksi cemerlang pemain tengah itu memberikan gambaran bahawa dia akan sekali lagi memperkuatkan pasukan itu bagi menghadapi aksi timbal balik dengan Spurs di Stadium Etihad, Khamis ini, sebagai mengisi kekosongan yang ditinggalkan Fernandinho ekoran kecederaan.
"Dalam tiga atau empat perlawanan sebelum ini, De Bruyne amat luar biasa dan kami merinduinya ketika dia cedera," kata Guardiola merujuk kepada dua kecederaan ligamen lutut pemain itu dalam separuh pertama musim ini.
"Dia memiliki kemampuan dan visi untuk melihat apa yang orang lain tidak dapat lihat.
"Dengan kehadirannya, hantaran kami, terutama di bahagian depan, amat hebat dan pada hari ini, dia telah menunjukkan komitmennya untuk membantu pertahanan kami, memenangi perebutan bola dan sentiasa berada di posisi sepatutnya.
"Sudah pasti dia kini lebih segar daripada segi mental dan juga kedua-dua kakinya.
"Sebab itulah dia bukan sahaja menghasilkan dua bantuan jaringan tetapi kami memerlukannya dalam setiap situasi lain," katanya.
Walaupun Luka Milivojevic menjaringkan gol sepakan percuma bagi menjadikan kedudukan 1-2 selepas jaringan berganda Sterling, Jesus menjaringkan gol dalam waktu kecederaan yang memastikan kemenangan City untuk terus menghambat Liverpool dalam perebutan kejuaraan musim ini.
Guardiola tertarik dengan gaya pertahanan pasukannya walaupun mereka tidak dapat meneruskan rekod tanpa bolos sejak tujuh perlawanan liga lalu.
"(Christian) Benteke amat kuat di udara dan Vinny (Kompany) merupakan pertahanan terbaik kami dalam mengeluarkan bola.
"Sudah pasti, dia memiliki pengalaman dan mampu beraksi di peringkat tertinggi. Dia berlatih dengan bersungguh-sungguh sepanjang beberapa minggu ini dan disebabkan itu, dia diturunkan hari ini.
"(Aymeric) Laporte juga amat hebat ketika mematahkan serangan lawan, menghantar bola ke bahagian sayap dan membantu bahagian depan.
"Kami sedar Aymeric sudah melakukan sesuatu yang luar biasa.
"Sebagai pemain tengah, di perlu bertahan dengan baik dan melakukan hantaran pertama sejauh lima meter.
"Dia bukan sahaja dapat melakukannya, tetapi dia sanggup naik ke atas, memberikan lebih hantaran untuk pemain di atas dan membantu kami beraksi lebih baik.
"Aksi malam ini telah menunjukkan tahapnya sepanjang musim ini," katanya.