Pemain import Felcra FC dari Indonesia, David Laly, tidak menghiraukan status Liga Perdana pasukan itu demi meluaskan kariernya.
Pemain sayap itu hadir dengan reputasi besar dari Indonesia bersama kelab gergasi, Persib Bandung dan Barito Putera, dalam saingan Liga Satu Indonesia, sebelum ini.
Bagi David, walaupun Felcra adalah pasukan baru, mereka mempunyai perancangan masa depan yang baik.
"Ini kali pertama saya akan beraksi di luar negara dan mempunyai sasaran untuk mara ke Liga Super. Jadi, ia menjadi cabaran buat saya untuk beraksi dengan baik sebagai pemain import," katanya.
Musim ini menyaksikan David sebagai pemain keempat dari Indonesia yang tiba ke Liga Malaysia selepas Evan Dimas, Ilham Udin (Selangor) serta Ferdinand Sinaga (Kelantan).
Kehadiran rakan senegara turut memberikannya keyakinan untuknya berhijrah ke Mmalaysia selain mahu mengukuhkan tempat dalam skuad kebangsaan Indonesia.
"Buat sementara, saya tinggal berdekatan degan Evan dan Ilham, jadi saya lebih yakin untuk datang ke sini apabila mengetahui ada rakan yang turut beraksi di Malaysia," tambahnya.