David Luiz mendedahkan dia mengambil gaji yang lebih kecil untuk meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) demi kembali menyarung jersi Chelsea buat kali kedua.
Ramai yang terkejut apabila Antonio Conte memancing semula pemain pertahanan Brazil itu kembali ke Stamford Bridge pada hari terakhir perpindahan, Ogos lalu.
Namun, pemain berusia 30 tahun itu tampil cemerlang dengan sistem tiga pemain pertahanan yang diketengahkan pengendali dari Itali itu untuk membantu Chelsea meraih gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL).
Luiz berpeluang menggandakan trofi kejuaraan musim ini menjelang perlawanan akhir Piala FA berdepan Arsenal, begitupun pemain tengah bertahan itu mengakui dia mengambil risiko kembali ke Chelsea selepas cemerlang membantu PSG mendominasi Ligue 1.
"Saya tidak menggemari kehidupan yang mudah," katanya.
"Itulah sebabnya saya mengambil risiko dan saya sangat gembira.
"Ia keputusan yang tepat.
"Saya sukakan risiko. Dalam kehidupan ini, kalau anda tidak mengambil risiko, anda tidak akan melalui sesuatu yang baru.
"Bukan sahaja dalam kehidupan profesional, malah dalam kehidupan harian.
"Saya mengambil gaji yang lebih kecil untuk datang ke sini. Tapi tidak mengapa.
"Tuhan telah banyak memberi, maka saya gembira dengan keputusan ini."
Pemain pertahanan itu membalas kepercayaan yang diberikan Conte.
"Conte adalah seorang individu yang menakjubkan, mempunyai karakter, dia begitu ghairah -- dia mencintai bola sepak," tambah Luiz.
"Ketika saya tiba pada hari pertama, dia cuba menerangkan falsafah bola sepaknya.
Dia berkata kepada saya: "Anda merupakan pemain terbaik yang saya mahukan bagi meningkatkan pasukan saya."
Kemudian balas saya: "Saya akan bekerja keras untuk anda dan pasukan. Itulah yang terjadi."