Skip to main content

Bola Sepak

David Luiz: Impian saya jadi kenyataan

130517davidluiz.jpg
WEST BROM 0 CHELSEA 1

David Luiz menyifatkan impian bergelar juara Liga Perdana Inggeris (EPL) kini menjadi kenyataan selepas Chelsea meraih kemenangan 1-0 ke atas West Brom, awal pagi tadi.


Michy Batshuayi hadir sebagai pemain gantian menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-82, sekaligus membenarkan The Blues merangkul kejuaraan liga buat kali kelima.

Ia merupakan satu pengalaman baru buat David Luiz yang meninggalkan Chelsea pada 2014 untuk menyertai Paris Saint-Germain (PSG), sebelum membuat pusingan U ke Stamford Bridge pada permulaan musim ini.

Di bawah kendalian Antonio Conte, dia mempamerkan prestasi yang ampuh dalam barisan tiga pertahanan sekali lagi dibuktikan ketika meraih kemenangan di The Hawthorns.

"Saya sangat gembira. Ini merupakan kali pertama saya menjuarai EPL. Selepas saya mengambil keputusan untuk kembali ke sini saya telah mengimpikan kejuaraan ini. Saya sangat gembira kerana impian saya menjadi kenyataan," kata Luiz.

"Kami mengharungi perlawanan yang sangat sengit. Kami bekerja keras setiap hari untuk meraih kejayaan ini.

"Beliau [Conte] gemar untuk bekerja dengan penuh semangat setiap hari. Beliau berhak meraih kejayaan ini."

Chelsea akan menjulang trofi EPL pada perlawanan terakhir musim ini ketika bertemu Sunderland yang sudah tersingkir, tetapi memberikan tumpuan bagi aksi final Piala FA bertemu Arsenal.

Advertisement

Must Watch Video