David Luiz tampil mempertahankan taktik yang diamalkan Maurizio Sarri di Chelsea apabila menyatakan "kecintaannya" terhadap falsafah bola sepak pengurus Itali berkenaan.
Bekas pengurus Napoli itu bergelut untuk menambat hati sebilangan penyokong di Stamford Bridge dalam kempen pertamanya dengan penyokong melahirkan rasa tidak senang hati terhadap gaya permainan yang diterapkannya.
Laungan "f *** Sarriball" kedengaran ketika mereka disingkirkan Manchester United dalam Piala FA dan ketika bangkit mencipta kemenangan di Cardiff City.
Tindakan Sarri turut dipersoalkan apabila beliau terus berkeras untuk mengetengahkan Jorginho di bahagian tengah dan bukannya N'Golo Kante.
Namun, David Luiz, yang sering memainkan peranan di bawah kendalian Sarri, lebih senang dengan taktik yang diamalkan pengurus Chelsea itu ketika ini berbanding pengurus terdahulu.
"Corak permainan yang diketengahkannya adalah cara yang saya suka dalam bola sepak," kata pertahanan Brazil itu kepada Sky Sports News.
"Ini adalah cara saya menikmati bola sepak, bukan setakat bermain, malah ketika menontonnya. Saya menggemari falsafahnya.
"Ramai yang mengatakan Chelsea tidak mengawal permainan -- atau Chelsea hanya bermain serangan balas dan bertahan.
"Kini kami menguasai permainan dan mereka masih mengkritik kami kerana tidak menganggap kami menang dengan menguasai permainan.
"Falsafahnya luar biasa. Beliau cuba menerapkan permainan bola sepak dan ini menuntut sedikit masa. Kami cuba memperbaikinya dengan secepat mungkin."
Walaupun kaedahnya dipersoalkan, Sarri masih mampu membawa Chelsea ke final Piala Liga Inggeris (EFL) -- mereka ditewaskan Manchester City dalam penentuan penalti -- selain kini menduduki tempat keempat Liga Perdana Inggeris (EPL) di samping mara ke separuh akhir Liga Europa.
Dengan menjamin tempat keempat teratas serta memenangi trofi Eropah, ia akan menjadi kempen yang memberangsangkan, tambah David Luiz.
"Saya fikir ia adalah cara terbaik untuk menamatkan musim ini," katanya.
"Tetapi musim yang baik buat Chelsea adalah sentiasa berjuang untuk setiap gelaran.
"Sekiranya kami memenangi Liga Europa dan menamatkan saingan di peringkat teratas, ia akan menjadi musim yang hebat tetapi kelab besar sentiasa mempunyai cita-cita tinggi.
"Kami mahu memenangi gelaran."