EPL
David Beckham kritik tindakan pemain Manchester United
Bekas pemain Manchester United, David Beckham, mengkritik keras tindakan beberapa pemain pasukan itu semasa siri jelajah pasca musim mereka di Asia Tenggara, baru-baru ini.
United ke Asia usai tamat musim Liga Perdana Inggeris 2024/25, selepas mencatatkan penamat terburuk dalam sejarah apabila berada di tangga ke-15 dan tewas kepada Tottenham dalam perlawanan final Liga Europa (UEL).
Matlamat mengadakan siri jelajah adalah untuk mengumpul wang serta menyantuni peminat dengan mengadakan perlawanan persahabatan di Malaysia dan Hong Kong, dengan Backham melihat kelakuan Alejandro Garnacho dan Amad Diallo sebagai 'tidak boleh diterima'.
Iklan
Garnacho dilihat terlibat dalam pertengkaran di menolak peminat yang merakamnya, manakala Diallo pula tular dengan rakaman dia menunjukkan jari tengah kepada penyokong.
"Saya tidak suka lihat apa yang berlaku di kelab, saya melihat banyak perkara yang tidak boleh diterima oleh saya sebagai peminat dan pencinta Manchester United.
AMAD DIALLO SPARES MANCHESTER UNITED’S BLUSHES WITH A 12 MINUTE HATTRICK 🤯🔴 pic.twitter.com/ZM9rJi9E1U— Pubity Sport (@pubitysport) January 16, 2025
"Anda perlu mewakili lencana. Saya telah melihat banyak perkara dimana pemain tidak bertindak dengan cara yang betul.
"Kami memahami maksud bermain untuk Manchester United dan maksud lencana itu, dimana sahaja kami mengembara sama ada di Eropah atau Asia, kami menghormati peminat.
"Kami hormati hakikat bahawa mereka datang dan membayar wang untuk berjumpa kami, mandapatkan autograf dan mengambil gambar. Anda perlu menghormatinya." katanya.
Pemain United tewas 0-1 kepada ASEAN All-Star di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam perlawanan persahabatan pertama mereka di Malaysia.
Must-Watch Video