Skip to main content

Bola Sepak

Darwin Nunez belum matang, kata Klopp

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nunez.jpg
Jurgen Klopp menyifatkan Darwin Nunez perlu matang dalam menangani perpindahannya ke Liverpool selepas penyerang kelahiran Uruguay mendedahkan kelemahannya berbahasa inggeris.

Nunez -- yang dipancing daripada Benfica dengan harga £85 juta (RM437.3j) itu -- tidak memahami arahan yang diberikan oleh pengurus tersebut, lantas perlu mendapatkan bantuan Roberto Firmino 

“Bahasa Inggerisnya?” katanya. 

"Dia hanya berkata 'selamat pagi', 'jom'. Dia masih lagi merupakan anak muda, tetapi juga seorang yang beryakinan. 




"Dia belum matang, kita semua tahu itu. Dia masih kebudak-budakan, dia perlu membesar sebagai seorang lelaki tetapi semuanya baik-baik saja," kata Klopp dalam sidang media menjelang pertemuan dengan Arsenal malam esok. 

The Reds bermula hambar musim ini dengan melakar dua kemenangan sahaja selepas tujuh aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) yang menyaksikan Nunez menyumbangkan satu gol ketika terbabit dalam empat perlawanan.

Begitupun, Klopp mengakui perlu mencari jalan untuk mencari rentak sebenar semula dan ia secara tidak langsung akan meransang prestasi Nunez. 

“Apakah situasi yang paling teruk apabila anda masuk sebagai penyerang?” katanya. 




"Iaitu pasukan anda tidak bermain dengan sangat baik kerana anda bergantung kepada sentuhan mereka. 

“Kami perlu beraksi secara tekal demi mencapai tahap sebenarnya kami yang seterusnya,.

"Jadi kami memerlukan penyerang untuk menyudahkan segala peluang yang kami cipta. Salah satu perkara yang dipamerkannya dalam semua perlawanan setakat ini ialah dia berada di kedudukan yang baik untuk menyudahkan kesempatan terhidang.

"Ia merupakan perkara paling penting bagi seseorang penyerang. Itulah sebabnya semua orang harus optimis tentang kelibatnya pada masa hadapan."



 

Advertisement

Must Watch Video