Skip to main content

Bola Sepak

Dari Selangor ke New York, karier bola sepak Marissa Aleya penuh warna-warni

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

laeya.jpg
Perjalanan penuh warna warni menghiasi karier seorang gadis dari Lembah Klang berbakat besar yang tampak mendapat perhatian pasukan New York Dutch Lions (NYDL). 

Selepas selesai sebulan menimba ilmu dalam saingan Liga Perdana Bola Sepak Wanita (WPSL) di Amerika Syarikat bersama NYDL, pemain tengah Selangor, Marissa Aleya, yang cukup manis persis model antarabangsa ini lebih nekad dalam merealisasikan impiannya untuk menyarung jersi Malayan Tigress.

Selepas penampilan sulung di New York pada 4 Jun hasil kolaborasi Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dan Dutch Lions, pemain berusia 18 tahun itu terus mendapat kepercayaan jurulatih untuk membarisi kesebelasan utama NYDL dalam baki kempen liga musim panas bola sepak wanita paling besar di dunia itu

Untuk rekod, saingan itu telah memasuki edisi ke 27 tahun kali ini dengan penglibatan hampir 150 jumlah pasukan.

Mengikut jejak langkah seorang lagi pemain wanita kebangsaan yang cukup dikenali iaitu Intan Sarah, yang turut menyarung jersi pasukan yang sama dua tahun lalu, Marissa berkongsi pengalaman serta pengajaran yang bakal dibawa pulang ke Tanah Air nanti.

"Saya belajar banyak perkara, menjadi lebih independent dan belajar budaya yang berbeza.

"Kebiasaanya di Malaysia saya berlatih pada waktu malam, tetapi di sini seawal 6 pagi dan kadangkala cuaca sangat sejuk.

"Kadangkala bergelut tetapi saya Berjaya mengharunginya dengan keadaan cuaca di sini kerana kadangkala ia sejuk dan panas. Pengalaman ini sangat membantu saya untuk menyertai pasukan kebangsaan." katanya. 

Advertisement

Must Watch Video