Pembedahan tulang metatarsal kaki kanan menyaksikan tonggak utama, Felda United, Danial Amier Norhisham, terpaksa berehat sekurang-kurangnya dua bulan.
Langkah itu bakal menyaksikannya terlepas perlawanan pembukaan Liga Super menentang Petaling Jaya City, 1 Mac depan dan ia kecederaan yang sama menyebabkan dia terlepas sebahagian besar aksi bersama The Fighters musim lalu.
Meskipun bakal membuat kemunculan semula sejurus sembuh daripada kecederaan, pemain tengah itu mengakui sukar untuk mengekalkan momentum terbaik untuk merebut slot bersama pemain lain.
"Bagi seseorang pemain bola sepak, kecederaan selama dua minggu malah seminggu sekali pun akan memberi kesan kepada (prestasi) pemain seperti isu kecergasan.
"Ia akan menyebabkan saya memerlukan sedikit masa untuk mengembalikan kecergasan perlawanan dan sentuhan.
"Saya perlu pulih dan beransur-ansur kembali (untuk beraksi)," katanya di sebuah hospital di Damansara hari ini.
Dalam pada itu, pemuda berusia 23 tahun itu berharap mampu menyinar dalam musim 2020 selepas membuat keputusan untuk menjalani pembedahan berkenaan pada Khamis lalu.
"Atas nasihat doktor, pembedahan ini perlu dijalankan kerana ia boleh menyebabkan saya menanggung kesakitan yang berterusan.
"Jadi saya perlu buang tulang di bahagian tersebut.
"Selepas ini saya memerlukan tempoh sebulan atau dua bulan lagi untuk kembali beraksi."
Editor: Shaiful Shamsudin